Sambut Birthday Ain


Pada 1 Muharram 1431H yang lepas, kami (bersama adik beradik suami) menyambut hari jadi adik yang bongsu di Restoran Kunang-Kunang. Ini merupakan kali pertama kami datang ke restoran tersebut.

Taufik dan Nana telah sampai ke KL pada waktu pagi tetapi mereka ingin berjalan-jalan di sekitar masjid Jamek sebelum bertolak ke rumah kami. Ain dan Along serta Kak Wan pula akan bertolak ke rumah kami selepas Asar. Sementara menunggu mereka, kami bercadang untuk pergi ke Jucso Wangsa Maju untuk membeli barang-barang dapur dan menempah kek Hari jadi Ain di Secret Resipe.

Kek yang dipilih semestinya kek kegemaranku, 'Choc Mud' atau dengan kata lainya, 'kek lumpur coklat'. Hehehehe. Disebabkan barang agak banyak pada ketika itu, kami bercadang untuk mengambil kek yang ditempah after 6PM.

Selepas sembahyang Maghrib, kami konvoi ke Kunang-Kunang dan order makanan sesuke hati sebab... Along blanje!!! hehehehehe. Harga semua sekali kalau tak silap saya is around 160++ tp boleh dikatakan Ok la sebab tempatnya pon agak menarik.



To Ain: Happy Birthday~~~. Moge panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin...

Jalan-jalan PD


Sabtu, 18 October 2009.

Dalam perjalanan pulang ke KL daripada Muar (keluarga mertua), tiba-tiba sahaja suami menyuarakan cadangan untuk pergi ke Port Dickson. Saya yang mendengarnya sedikit terkejut sebab suami memang jarang-jarang sekali mengajak secara tiba-tiba.

Mungkin terbit rasa serba salah kerana tidak dapat menunaikan permintaan saya untuk pergi ke Melaka (just nak jalan-jalan). Walaupun tidak pernah pergi sebelum ini, kami cuma ikut sahaja signboard dan berharap tidak sesat.

Alhamdulillah, sampai jugak kami ke pantai PD. Suami memang menyukai cendol. Jadi, disebabkan perkara pertama yang kami nampak ialah gerai cendol, kami bersantai dahulu dengan makan cendol dan rojak di depan pantai PD. Dah kenyang, kami beli keropok dan berjalan-jalan di sepanjang pantai PD.



Pemandangan agak cantik. Seronok tengok awan yang biru tp malangnya tak dapat nak mandi (tak prepare ape3 baju pon). Teringat sewaktu saya bujang-bujang dulu, berjalan-jalan di KK dengan Esah dan Adzni. Ade jugak bercadang untuk datang semula ke sane for our anniversary nanti, tapi itu bergantung pada kelapangan waktu dan cukup duit.

Erti Sebuah Perkahwinan

Pada mereka yang baru melangsungkan perkahwinan atau bergelar 'pengantin baru', mungkin ini antara soalan yang sering diajukan oleh saudara mara atau sahabat setiap kali berjumpa di majlis kenduri kendara;
1. "Camne kawen? Sonok tak?"
2. "Dah berisi ke blom?"
Memang naik kelu/lali dah lidah nak menjawab soalan mereka.

Walau apa pun, perkahwinan bagi diri saya adalah lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup membujang. Sekali sekala akan timbul sedikit sebanyak perbalahan, tidak puas hati dan pertelingkahan sesame pasangan tapi ape yang penting??? "Kerjasama!!" :)

Bagi saya sendiri, adalah lebih baik mendiamkan diri dari berkata perkara yang bukan-bukan atau yang mungkin akan menyakitkan hati pasangan. Namun, kite manusia biasa dan tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Yang pastinya, sentiasalah mengucapkan 2 perkataan ini kepada pasangan anda:
1. Terima Kasih - Walaupun untuk perkara yang kecil @ yang biasa pasangan lakukan, hanya dengan mengucapkan terima kasih, sedikit sebanyak dapat dapat melembutkan hati pasangan yang sedang panas baran@angin.
2. Maafkan saya - ego adalah perkara yang sentiasa menghalang pasangan untuk mengucapkan perkataan ini. Tapi, anda fikirlah sendiri.

Namun, bagi saya apa yang paling penting ialah suami haruslah lebih tegas terhadap isteri terutamanya terhadap apa yang berkaitan dengan hukum hakam @ syariat Islam.

Antara rahsia perkahwinan yang saya petik dari buku "Indahnya Hidup Bersyariat" oleh Dato' Ismail Kamus ialah:
1. Perkahwinan adalah sunah para Nabi dan Rasul.
2. Menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa (Insya Allah) yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.
3. Perkahwinan dianggap sebagai satu ibadah.
4. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
5. Jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorangan.
6. Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
7. Disiplin dalam rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin, kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

Diharap dengan petikan di atas, dapat membantu anda dalam memberi gambaran yang lebih jelas tentang rahsia @ hikmah perkahwinan.

Saatku bergelar isteri....


SAATKU BERGELAR ISTERI
Assalamualaikum

Bulan ini genap 6 bulan saya mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang, Hanafi. Sejak berkahwin, banyak perkara yang saya pelajari tak kiralah dari suami, keluarga mertua atau keluarga saya sendiri. Yang pastinya ikatan perkahwinan mngungkap 1001 hikmah yang selama ini tak pernah terlintas di fikiran saya.

Tanggal 6 June 2009 merupakan tarikh yang pastinya saya dan suami saya takkab lupakan. Pada tarikh tersebut saya selamat bergelar seorang isteri dan mempunyai tanggungjawab yang baru iaitu kepada suami dan jugak keluarga mertua.



Selama ini saya hairan, “kenapa selepas pengantin lelaki selamat melafazkan akad, pengantin perempuan pasti akan menitiskan air mata ataupun bergenang air mata?”. Saat itu, barulah saya faham. Sesuatu yang tak dapat dilafazkan ataupun diungkap oleh kata-kata.

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan pada Allah SWT kerana majlis berjalan dengan lancar walaupun penuh dengan dugaan pada saat-saat akhir. Saya bersyukur kerana mempunyai adik-beradik yang ringan tulang, saudara mara dan jiran tetangga yang sudi datang membantu walaupun ada majlis kenduri kahwin lain yang harus dihadiri.

Terima kasih kepada Kak Banun, Abg Mai dan Kak Semah, Ngah dan Kak Yah, Kak Nu dan Abg Awi, Eteh dan Kak Teh, Andak dan Abg Sarip, Echik dan Kak Su, Pokcon, Bami dan Kak Siti serta Akak dan Abg Pie. Mungkin majlis sayalah yang paling banyak dugaan (dengan ketiadaan kanopi disaat-saat akhir, ketiadaan van untuk majlis jemput menantu). Yang paling saya sayangi, ibu dan ayah, terima kasih untuk semuanya.

Menjadi impian saya untuk mengadakan majlis yang mana semua anak-anak mak dan ayah berkumpul. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan….